JellyPages.com

Zulaikha & Nabi Yusuf

Isnin, 21 Mac 2011

Assalamualaikum wbt... Bersua lagi kali ini di laman blog ana yang tak berapa nak maju sangat la. Tapi ana update la juga walaupun kadang-kadang tu tiada masa untuk mengadap PC ni, tambahan lagi jari jemari ana ni malas kot nak menaip...

Bermula Kisah antara Zulaikha dan Nabi Yusuf...


Adapun Zulaikha berduka dengan apa yang menimpanya, namun di sudut hatinya mengakui semuanya telah terjadi. Apa ynag dikatakan orang tentang dirinya telah didengar sendiri, lalu dia mengadakan jamuan dan menjemput semua wanita di Mesir hadir. Dia menyediakan makanan yang memerlukan pisau untuk memotongnya.

Tatkala semua hadirin asyik menjamu selera dia meminta Yusuf tampil di khalayak wanita-wanita yang sedang leka itu. Melihatkan saja wajah Yusuf, semua mereka terpotong akan jari masing-masing dan tidak sedar luka di tangan. Yang kedengaran ialah ucapan "ini bukan lagi manusia, ini adalah malaikat yang amat mulia".

Pada waktu itu Zulaikha pun berkata "lihatlah pada dirimu yang menyalahkan aku. Memang aku telah menggodanya tetapi dia menolak. Sekiranya dia masih mengaku tidak melakukan itu, dia akan dipenjarakan." Tetamu yang hadir terpegun dan mengertilah mereka mengapa Zulaikha tidak dapat menahan dirinya membendung nafsunya tatkala melihat Yusuf. Adapun bagi Yusuf dipenjarakan adalah lebih baik baginya dari hidup di dalam fitnah. Maka Allah menerima doanya dan dia dipenjarakan kerana dia masih tidak mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu.

Masa berlalu, Yusuf berasa aman di dalam penjara dari gangguan dan fitnah. Berlaku juga beberapa peristiwa semasa tempoh dalam penjara, sehingga cerita kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah sampai kepangkuan raja Mesir. Tetapi menjadi syarat untuk bebas semula Yusuf harus membuktikan kebenaran di hadapan khalayak ramai. Yusuf dibawa ke pentas, dan semua wanita yang melihat Yusuf ketika jamuan tersebut turut hadir termasuk Zulaikha sendiri. Di hadapan Raja mereka menceritakan apa yang mereka mereka lihat dan alami dalam jamuan makan itu. Mereka menyatakan tentang Yusuf bahawa dia seorang yang jujur, bersih, soleh dan bukanlah dia yang bersalah dalam peristiwanya dengan Zulaikha.

Nyatalah kepada raja bahawa Yusuf tidak bersalah. Dia adalah lelaki yang suci dari tuduhan itu. Melihatkan keadaan ini maka berkatalah Zulaikha "sekarang jelaslah kebenaran, bahawa akulah yang menggodanya, dan dia adalah orang-orang yang benar. Dan aku tidak menafikan, sesungguhnya nafsu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali mereka yang mendapat Rahmat Allah...sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Mengasihani."

Disitulah termetrinya kisah Yusuf a.s. Zulaikha yang dahulunya ditunggangi hawa nafsu kini bertaubat. Yusuf telah dibebaskan. Raja Mesir berkenan menjodohkan Yusuf dengan Zulaikha, janda majikannya yang telah meninggal sewaktu Yusuf dalam tahanan. Setelah Yusuf berkahwin dengan isterinya, Yusuf berkata "Tidakkah ini lebih baik daripada apa yang anda kehendaki dahulu?" Zulaikha menjawab "Wahai orang yang jujur lagi baik, jangan mencelaku, anda mengetahui bahawa aku dahulu seorang yang muda dan cantik., dalam serba kemewahan tetapi suamiku tidak mampu memuaskan nafsuku kerana dia tidak bernafsu kepadaku. Dan engkaulah Allah jadikan sebegini tampan, maka aku kalah dengan nafsuku." Demikianlah keadaannya, kerana itu Yusuf a.s. masih bertemu dengan Zulaikha dalam keadaan gadis, dan mendapat dua putera daripadanya yang bernama Ifratsim dan Minsya Bin Yusuf.

Kisah Zulaikha dan Yusuf adala iktibar kepada kita bahawa hawa nafsu selalunya membawa dan menyuruh ke arah kejahatan. Hawa nafsu hanya boleh dikalahkan dengan ketaqwaan kepada Allah dan takutkan azab Allah yang amat pedih.



RUJUKAN
Surah Yusuf
Qasosul Al Quran Ibnu Kathir.
Qasosul Anbiya'

Semoga Ianya Menjadi Iktibar Kepada Kita Umat Manusia...Insya-Allah...

0 ulasan: