JellyPages.com

Pensil

Selasa, 29 Mac 2011

Assalamualikum wbt...
Kali ni nak story pasal pensil... Mesti pembaca tertanya-tanya kenapa pilih entry yang bertajuk PENSIL ni kan... Herm...agak-agak kamu semua la kan.. Apa ada pada pensil??? Kalau nak imbaskan kembali la pada zaman dahulu kala, pensil ni macam-macam bentuk ada.. apatah lagi pada zaman sekarang. Sekarang pensil tak payah nak asah bagi tajam sebab adanya pensil tekan atau lebih dikenali sebagai pencil mechanical yang macam kat bawah ni
Yang ni la pencil mechanical zaman sekarang
Ramai kata, dunia dah maju la.mana pakai pensil kayu lagi dah... Eh...pensil kayu tu la yang paling bagus kualitinya. Cuba korang fikir, time exame PMR atau SPM kan mesti ada kertas objektif..ala..yang ada A,B,C,D tu la... So kalau baca arahan kat kertas objektif tu kan mesti dia kata anda diwajibkan menggunakan pensil 2B atau BB. Mesti la korang gunakan pensil kayu tu kan... yela kang nampak kat pengawas peperiksaan tak pasal-pasal kena sound

Apa ada pada pensil?? Ha ni la nak bagi tahu.. Korang mula-mula menulis guna apa? Mesti lah pensil kan.. Pensil ni kalau nak di imbas kembalikan dia lah yang banyak membantu kita untuk mencapai kejayaan. Yela dia yang tolong kita semua untuk menulis pada peringkat awal untuk kita kenal ABC...123...

Pensil ni ada sejarah tersendiri. Pensil mempunyai grafit ianya berasal dari bahan batuan yang didapat dengan cara menambang. Grafit ditemukan sekitar 500 tahun yang lalu di daerah Cumberland, Inggris. Grafit ni ialah sejenis mata pensil yang berwarna hitam, tambahan pula sekarang ni dah ada colour. 

Ni la grafit pensil

Pensil banyak memberikan kita semua tahu untuk menulis.. Yela dulu masa kecik asal nak pergi sekolah je mesti mintak duit kat mak dengan abah untuk beli pensil.. Almaklum la pensil tu bila diasah makin lama makin pendek (orang zaman dulu panggil pensil kontot). Jadi kita perlulah hargai pensil walaupun pensil kayu ni murah. Kalau nak yang mahal ada juga macam Faber Castle ke dan banyak lagi la.. So ni sahaja yang nak dikongsikan.. hargailah Pensil anda Kerana Tanapa Pensil Kita tidak pandai untuk menulis dan membuat homework (tu time sekolah rendah la)

Sekian...

0 ulasan: