Dingin malam yang hadir semakin sunyi apabila bulan menemani diri, ada tatkalanya terasa resah gelisah untuk meneruskan perjalanan hidup. Namun dengan berbekalkan iman dan amal di dada hidup terasa kembali semula apabila segala keinginan untuk dikecapi hampir tercapai. Hidup yang datang menjelma menadatangkan 1001 erti untuk Iman menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Namun harapan hanya tinggal harapan. Iman terasa hampir berputus asa untuk menjalani kehidupan yang sempurna seperti manusia lain. Hidupnya nampak seperti gembira namun pada hakikatnya Iman menahan derita yang amat menyakiti hatinya.
Hari demi hari, Iman semakin hilang semangat untuk meneruskan kehidupan, adakalanya Iman hampir mencederakan diri sendiri. Pada suatu hari,sedang iman mengelamun jauh di bawah pohon yang rendang serta kedengaran bunyi ombak di tepi pantai, Iman di sapa oleh seorang jejaka yang begitu kacak iaitu Baihaqi. Iman tersentap dan ada rasa ketakutan, ye la mana tidaknya orang yang kita tidak kenal tiba-tiba menyapa. Baihaqi tanpa segan silu mengenalkan dirinya kepada Iman. Namun Iman hanya mampu tersenyum dan memandang sinis kepada Baihaqi. "Lama sudah kamu duduk di sini?" tanya Baihaqi kepada Iman. Pertanyaan Baihaqi tidak langsung dihiraukan oleh Iman. Iman mengangkat kaki lalu pergi dengan meninggalkan Baihaqi tanpa sebarang pengucapan.
Pada malam kemudiannya, Iman berlegar-legar di tepi pantai dengan harapan dapat bertemu Baihaqi. Namun harapan Iman tidak kesampaian. Iman berfikir mungkin esok Baihaqi akan muncul dihadapanya. Tepat pada jam 6.15 pagi Iman bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh. Selepas menunaikan solat, Iman bersiap untuk bersarapan di cafe yang berhampiran dengan biliknya. Sedang Iman menjamah sarapan pagi di cafe, tiba-tiba Baihaqi menyapa "assalamualaikum...boleh saya duduk di sini?" sambil menunjukan arah kerusi dihadapan Iman. "Waalaikumussalam...silakan,maaf ye semalam saya tidak menyahut sapaan awak" kata Iman kepada Baihaqi. "Owh ye, siapa nama saudari?" Iman terus menjawab "nama saya Nurul Iman". "Sudah lama saudari di sini?" tanya Baihaqi sambil meneguk air kopi dihadapanya. "Baru setengah jam,lama jugalah" jawab Iman.
Selepas mereka bersarapan Baihaqi mengajak Iman ke tepi pantai untuk berbual bersama. Dalam perjalanan ke tepi pantai, Baihaqi dipanggil oleh seorang budak kecil, dalam fikiran Iman itu mungkin anak Baihaqi. Baihaqi meneruskan perjalan ke tepi pantai bersama Iman, dalam perjalanan Baihaqi bertanya "kamu sudah lama bercuti di sini?", Iman menjawab "baru tiga hari saya di sini". "Owh..kiranya awak sudah lama la dari saya.."sambil tersenyum. "Awak buat apa di sini? ada kerja? atau bercuti bersama keluarga?" tanya Iman yang agak pemalu kerana soalanya terlalu banyak. Baihaqi berkata "saya ke sini atas urusan kerja untuk membuat kerja kursus saya yang dah lama tertangguh,dalam pada masa yang sama saya mengajak keluarga saya untuk datang bersama". Iman senyap sahaja kerana tidak mahu Baihaqi melayanya untuk jawab soalan-soalan yang diajukan olehnya.
Selepas lima belas minit berjalan bersama, Iman mengajak Baihaqi duduk di batu-batuan kecil untuk berbual. Iman termenung sejenak sementara Baihaqi memandang lautan yang luas dihadapannya. Baihaqi bertanya "kenapa awak termenung terlalu jauh disini?" Iman hanya mampu berkata "alangkah indahnya lautan luas yang diciptakan oleh Allah ini untuk kita nikmati keindahannya pabila hati sedang disakiti". "Apa maksud awak?"
tanya Baihaqi lagi. Namun pertanyaan Baihaqi tidak dijawab oleh Iman. Tiba-tiba budak kecil yang memanggil Baihaqi itu muncul dengan jeritan "abang...mak ajak makan tengah hari di rumah". Baihaqi berkata "baiklah". Baihaqi mengajak Iman menikmati makan tengah hari bersama keluarganya, Iman agak malu apabila ajakan Baihaqi itu diselaputi dengan sebuah senyuman yang amat manis. Iman berkata "tidak apalah awak,saya ni menyusahkan awak pula,nanti apa pula kata keluarga awak". "eh..tidak apa,keluarga saya tidak marah malah lagi suka,mungkin" balas Baihaqi.
Seminggu berlalu. kini Baihaqi perlu pulang ke kampusnye untuk meneruskan pengajianya. Sebelum pulang ke kampus Baihaqi sempat meninggalkan nombor telefonya kepada Iman. Kini Iman tidak berteman lagi kerana Baihaqi sudah pulang ke kampusnya. Hari demi hari, kerinduan Iman terhadap Baihaqi semakin kuat. Pada malamnya selepas Iman menunaikan solat isyak, Iman menerima satu mesej daripada Baihaqi "Assalamualaikum...Iman apa khabar? maafla Baihaqi lupa untuk mesej Iman,Baihaqi sekarang sibuk untuk menamatkan pengajian di kampus. Harap Iman sihat selalu,lagi satau Iman jangan selalu termenung keseorangan ye". Pesanan mesej daripada Baihaqi membuatkan Iman tersenyum keseorangan. Iman berasa amat gembira pada malam itu. Ke esokan harinya, Baihaqi menelefon Iman.
Baihaqi : Assalamualaikum...
Iman : Waalaikumusalam....
Baihaqi : Awak apa khabar? Sihat?
Iman : Alhamdulillah saya sihat... Awak?
Baihaqi : Saya sihat...Owh ye awak,saya nak jemput awak datang ke majlis konvokesyen saya pada hujung bulan ni, harap awak dapat hadir.
Iman : Insya-Allah...tahniah ye awak, sebab awak dah graduate..
Baihaqi : Terima kasih Iman..erm..ok lah Iman,nanti ada masa kita berbual panjang lagi ye. Saya ada kelas ni..
Iman : Baiklah, Bai jaga diri di sana ye...
Baihaqi : Insya-Allah...Iman juga...ok...Assalamualaikum...
Iman : Waalaikumusalam....
Selepas Iman meletekkan telefonnya, pintu bilik Iman diketuk oleh seseorang, Iman meninjau dari dalam dan melihat budak kecil yang pernah memanggil Baihaqi itu datang. Iman terus mencapai tudungnya dan terus membuka pintu. "Nah ini dari abang untuk kakak..Abang kata jaga elok-elok hadiah ni" kata budak kecil itu. Iman tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada budak kecil itu kerana budak kecil itu telah pergi. Iman membuka bungkusan hadiah yang diberikan oleh Baihaqi dengan hatinya berbisik "apalah agaknya yang Baihaqi bagi kat aku ni". Selepas Iman membuka kotak hadiah itu, Iman lihat hadiah yang diberikan itu terlalu cantik iaitu sepasang baju kurung yang sangat cantik serta bersulamkan manik. Iman ternampak sepucuk surat yang diselitkan oleh Baihaqi ditepi kotak. Iman membuka surat itu dan membaca...
"Assalamualaikum...Iman...
Maaf kan Baihaqi sebab tak bagi sendiri bungkusan hadiah ni pada Iman. Hadiah ni Baihaqi bagi untuk
Iman pakai pada majlis konvo Baihaqi nanti. Iman datang tau. Terima kasih kerana terima hadiah
Baihaqi..
Sekian Wassalam..."
Iman tersenyum sinis apabila membaca surat daripada Baihaqi. Hujung bulan sudah pun hampir, Iman tidak sabar untuk berjumpa Baihaqi di kampusnya untuk melihat Baihaqi mendapat segulung ijazah. Setibanya Iman di kampus Baihaqi, Iman terus ke dewan orang ramai untuk melihat Baihaqi. Iman hanya mampu melihat Baihaqi dari jauh, manakala Baihaqi tersenyum dari jauh apabila memandang Iman. Selesai majlis konvokesyen Baihaqi, Iman menunggu Baihaqi di sebuah taman berhampiran dengan dewan orang ramai. Sedang Iman duduk disebuah pangkin, tiba-tiba Baihaqi menyapanya "lama menuggu saya? maaf lambat sikit". " tidak apa awak kan busy hari ni, balas Iman.
Setahun sudah perkenalan Iman dan Baihaqi. Iman kini lebih bersemangat sejak hadirnya Baihaqi dalam hidupnya. Manakala Baihaqi kini sudah mempunyai kerja yang tetap. Suatu hari Baihaqi mengajak Nurul Iman keluar untuk makan bersama, dalam pada masa yang sama Baihaqi telah melamar Iman untuk dijadikan suri dihati Baihaqi. Alangkah terkejutnya Iman perkenalannya bersama Baihaqi kini menjadi realiti didalam hidupnya. Iman kini lebih ceria berbanding dengan Iman yang dahulu kerana sudah menjadi hak milik Baihaqi. Perkenalan yang bermula dengan angin sepoi-sepoi bahasa menjadi detik yang terindah dalam hidup Iman dan Baihaqi.
Sebarang penceritaan didalam kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa,sama ada yang hidup ataupun yang telah kembali. Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tiada siapa yang terlibat
0 ulasan:
Catat Ulasan