JellyPages.com

4 Tips Hadapi Masalah

Isnin, 21 Mac 2011

Asslaamualaikum wbt....kepada semua pembaca yang dihormati. Ha!!! Entri ni memang sesuai kot kepada semua manusia, sebabnya...Masalah yang datang ni kadang-kadang boleh kita atasi dan adakalanya kita kurang untuk mengatasi. Kat sini ana ada 4 TIPS UNTUK HADAPI MASALAH

1. Masalah Adalah Lumrah Hidup

  • Tiada orang yang tiada masalah. Jika anda rasa anda tak ada masalah, mungkin itu masalah anda sebenarnya. Segala penciptaan berpunca dari masalah. Mentol lampu dicipta kerana bermasalah untuk melihat dalam gelap. Kereta dicipta kerana bermasalah nak berjalan kaki jauh-jauh. Kalau tak ada masalah mungkin sekarang kita masih hidup dalam gua, zaman paleolitik belum berakhir agaknya.
2. Masalah Adalah Masalahnya Hati
  • Hati yang luas menerima masalah sebagai satu kelazatan. Hati yang kecil, masalah adalh bencana. Menganggap semua benda sebagai masalah  adalah petanda hati yang bermasalah. Hati yang kuat dan bersih, memandang masalah sebagai satu tanda kebesaran tuhannya. Bila hujan, hati yang kecil bermasalah kerana kain dijemuran basah. Namun hati yang besar berasa beruntung kerana bumi mendapat bekalan air semula.
3. Kenapa Aku? Bukan, Kenapa Bukan Aku??
  • Biasanya bila terkena masalah, kita akan bertanya "Kenapa aku???" Soalan yang sudah ada jawapan tapi tak dihiraukan "...Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." Tanyalah "Kenapa bukan aku??" Kerana aku memang layak untuk menerima ujian itu. Aku kuat, aku berdaya mendapat ujian-ujian tuhan. Jika ujiannya berat, itu bermakna aku masih du tahap  rendah. Jadi, kenapa bukan aku yang menerima ujian hebat itu?? Aku ingin menjadi hamba Allah yang hebat.
4. Masalah Adalah Tanda Kasih Sayang-Nya
  • Setiap kali menghadapi masalah, adalah masa-masa Allah merindui suara rintihan kita. Berdoa, meminta dari-Nya, mengadu pada-Nya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suara hambanya untuk berdoa. Tidakkah itu amat manis sekali? Bayangkan kekasih kita merindui untuk mendengar suara kita.... ohh sungguh asyik kan. Inikan pula, Allah Yang Maha Besar yang merindui suara kita.

Semoga pembaca dapat mengatasi segala masalah yang melanda..
Berdoalah dan meminta bantuan daripada Yang Maha Esa, Kerana dia yang banyak memberi dan membantu hambanya yang lemah seperti kita...Insya-Allah
PEACE NO WAR.. (,")(",)

0 ulasan: