Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Hamba-Nya
Assalamualiakum wbt... Salam Sejahtera...Ujian dari Allah untuk hamba-Nya yang lemah.. Mungkin ini kerana khilaf hamba-Nya. Manusia tidak lepas dari silap walaupun kadanng-kadang kita berusaha untuk tidak melakukan kesilapan.
Maka, kita sebagai hamba-Nya banyak-banyak lah berzikir kerana zikir itu banyak syafaatnya. Jadikanlah ibadah solat itu sebagai jalan yang mampu kita lakukan untuk memohon keampunan. Jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai pembimbing serta amalkan lah untuk kehidupan di dunia ini. In Shaa Allah...
Marilah sama-sama kita melakukan perubahan demi diri sendiri..
Kita Ada Tanggungjawab Untuk Berdakwah
Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip artikel yang tak seberapa ni.
Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya, walaupun kita sering kali diuji dengan pelbagai dugaan.
("Wahai org yg beriman!mintalah pertolongan utk mghadapi susah payah dlm mnyempurnakan sesuatu perintah Allah dgn sabar dan mendirikan sembahyang keran Allah itu Penolong bg org2 yang Sabar"(Al-Baqarah 1:153)
Hari ini kita diberi perluang untuk bernafas du bumi Allah ini, dengan tujuan kita mampu melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya. Dakwah itu ada pada semua manusia, walaupun kita tidak mengetahui dakwah itu dengan telus dan mendalam. Dakwah itu bukan hanya pada orang lain, malah diri sendiri juga perlu untuk menerima dakwah.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya diberi kesemptan untuk mengahadiri satu majlis ilmu iaitu Road To IPT a.k.a (ROTI). Pelbagai pendedahan di berikan, malah program ini menampilkan seorang ikon iaitu Imam Muda Fakhrul (Imam Muda Musim ke-2). Slot yang disampaikan oleh Imam Muda mengenai "DAKWAH", subhanallah indah sungguh topik yang dibincangkan. Usaha dakwah ini bukan hanya pada USTAZ, USTAZAH, TABLIGH, BUDAK SEKOLAH AGAMA, SEKOLAH PONDOK, IMAM MASJID, dan yang MEMPELAJARI AGAMA. Malah, usaha dakwah ini terletak kepada semua umat islam, kerana dakwah ini adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan kepada semua.
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (Al-Hajj 22:78)
Dakwah ini juga mampu dilakukan kepada manusia yang tidak mengambil sekolah agama atau aliran agama, kerana jika seseorang itu tahu kebaikan dan ketepikan keburukan In Shaa Allah dia juga mampu untuk berdakwah. Contohnya seorang pomen motor. Adakan pomen ini tidak boleh berdakwah?? Jawapanya pomen ini boleh berdakwah, walaupun bukan dari sekolah agama, kerana pomen ini mampu menunjukan tauladan yang baik ketika melakukan kerjanya, malah pomen ini mampu melakukan kerja dengan mengingati Allah untuk berzikir. Lihat, dakwah itu bukanya terletak pada orang yang bersekolah agama. Maka, lihatlah dan perluaskan jalan dakwah itu dengan niat kerana Allah dan bertaqwa.
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." (Al-An'aam 6:153)
Hebatnya kerja dakwah ini kerana manfaatnya juga akan diperoleh oleh kedua-dua belah pihak, kerana keuntunganya mampu menjadikan seseorang itu bersikap sabar dan menjadikan usaha dakwah itu sebagai satu jalan perniagaan untuk diri sendiri.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)
Saya dan dan sahabat-sahabat Road To IPT diberi peluang untuk merasai cara pendekatan orang awam mengenai dakwah. Herm...Pelabagai dugaan dan cabaran kami tepuh alhamdulillah berjalan lancar, walaupun sudah cuba yang terbaik.
Dakwah ini adalah satu proses yang mampu memberi kita semangat untuk mencari bekalan, kerana setiap dakwah yang dilakukan mestilah mempunyai bekalan, dalam erti kata kita juga berusaha mencari ilmu untuk mebantu orang lain. Maka, kita sebagai insan di muka bumi ini harus menereuskan fungsi dakwah kerana di luar sana masih perlu mengetahui betapa amanahnya dakwah ini kepada kita. Biarpun kita dihina, dicaci, mahupun diperli, teruskanlah jalan dakwah, kerana Allah sentiasa memberikan jalan yang baik besertakan hikmah.
Diberi kesempatan dan izin Allah untuk menerima ilmu dari Imam Muda Fakhrul. Terima Kasih
Walaupun kita minat hiburan, ikutlah hiburan dengan syariat islam.
Walaupun kita minat sukan, ikutlah sukan yang mengikut syariat islam.
Walaupun kita nak berfesyen, ikutlah fesyen yang mengikut syariat islam.
Apa pun yang kita lakukan di dunia dan di bumi Allah ini, kita mestilah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Kami ibarat sebuah keluarga.
Di kesempatan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih pada program ROAD TO IPT kerana banyak memberi manfaat.
~SALAM DAKWAH DARI SAYA~
Harap Tak Lupakanlah Ye
Huh... malam ni aku nak kongsikan ukhwah yang terbina dengan hamba Allah ni, hamba Allah ni yang banyak ajar aku pasal amanah. Amanah dari Allah tu banyak datang dari pelbagai sudut, apa pon kita sebagai hamba-Nya kena bersyukur dia setiap pemberian dari-Nya.
Ok.. Lani nak kongsi, cek kak oi.. aku tulis post ni just nak share kepada pembaca mengenai betapa bernilainya sebuah persahabatan. Dengan persahabatn ini lah kita dapat membantu antara satu sama lain, mana tak nya, andainya salah seorang buat salah, sorangg lagi boleh tegur, tegur untuk kabaikan serta menambah lagikan kebaikan, macam gambar ni..Kami memang rapat, kerana Allah yang pertemukan persahabatn kami Alhamdulillah..
hah..ni lah deh ukhwah kami..Moga Allah sentiasa membantu dalam kita bersahabat..
Allah tu sweetkan..Ye lah mana tak nya, bila hamba-Nya nak kawan,sahabat dan rakan mesti Dia bagi, cuma lambat atau cepat je. Itu guna nya kita selalu berdoa, moga Allah perkenankan. Cumanya kita ni sebagai hamba-Nya janganlah kita putus asa, kawan-kawan..Allah tak suka tau orang yang berputus asa, ye lah Allah nak uji kita, sebab Allah dah nyatakan dalam Al-quran :
“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)
Hah..Kata-kata dalam Al-quran tu kan semuanya kebenaran, cuma kita ni sebagai hamba Allah kena kuat dan bersyukur, sebab apa? Sebab Allah sayangkan kitalah Dia uji. Lepas tu dalam Al-quran pon ada nyatakan lagi :
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-A’raf: 42)
Jadi, selagi kita hidup kat dunia ni, marilah kita bersama-sama mencari sahabat yang mampu mebimbing kita ke jalan yang lurus. Aku just nak share betapa pentingnya ukhwah bila dalam bersahabat. Maka aku harap cek kak yang kat atas tu moga-moga kau tak jauh dari aku. dan doakanlah selalu ukhwah kita ni supaya berkekalan sampai ke syurga..
Macam lagu nasyid ni... Selamat mendengar [Brothers- Teman Sejati]
Moga Allah peliharakan ukhwah saya dan rakan-rakan lain juga.. Salam Ukhwah abadan abada..
Barakallah... Senyum Itu Indah..
Dalam Sejarah
Assalamualaikum kepada pembaca...
Dengan lafaz bismillah hari ni, pada petang ini, aku nak cerita pengalaman baru aku sebagai seorang pendidik . Aku mencari pengalaman untuk memperbaiki diri supaya lebih memahami manusia lain. Ok, hari pertama aku bergelar sabagai cikgu, tapi kat sekolah agama petang je bukan pagi.
Dapat surat untuk lapor diri jam 2.00 petang, siap punya siap, aku gerak 1.45 tengah hari, hah kau, lambat dah aku rasa, start enjin kereta aku gerak sampai ke destinasi jam 2.10 petang, aku ingat aku dah lambat, rupa-rupanya pejabat pon tak buka lagi. Huh, ok lah tu, at least tak lambat nak jumpa guru besar (Apa pun jangan contohi sifat yang tak menepati masa ni yek kawan-kawan).
Bila dah sampai, kena cari pejabat, lama jugak aku cari, tapi tak jumpa-jumpa, hadoi mana nya pejabat dia ni, petunjuk arah pon tak ada. Last amik keputusan tanya student sekolah tu, "Assalamualaikum dik, tumpang tanya mana ye pejabat?" budak tu kata "Pejabat kat atas ni je cikgu, tak jauh sangat" ok aku kata terima kasih. Then gerak naik nak pergi pejabat, bila dah sampai rupanya tutup lagi. Ok tak pe tunggu (Allah nak ajar kita supaya sabar dalam mencari rezki ni). Bila pejabat dah buka, aku msuk jumpa kerani, lepas tu terus jumpa penyelia KAFA, bila dah jumpa, penyelia minta surat, aku bagi lah, lepas itu, dia baca nama aku, then dia kata macam nama anak aku lah... Bila surat tu aku dah serah, dia kata boleh mula mengajar, huh, berdebar dibuatnya.
Sesi ta'aruf dengan anak murid pon bermula. Kenal lah sesorang, dah selesai, aku ajar mereka tajuk adab. Nasib baik senang. time tengah mengajar memacam gelagat aku tengok anak murid aku ni, ada pulak yang kerap pergi tandas, lepas sorang. sorang lagi datang, ustazah nak pergi tandas, ok pergilah...
Aku ajar lah bab rukun iman. then ada pulak yang tanya, "Allah sayang kami tak ustzah? aku jawab Allah sayang pada semua manusia. then, bila suruh buat keje, memain pulak mereka ni, ok tak pe, mungkin bebudak lagi. So bila dah nak balik, anak murid kata, ustazah jangan lupa hari isnin ada kelas lagi...hehe..ok tak lupa...
Kesimpulannya, dimana kita berada kita mesti bersifat positif untuk semua perkara, walaupun persekitaran tu masih baru untuk kita, dan segala perkara yang kita lakukan mesti dimulakan dengan Bismillah berserta niat.
Kesimpulannya, dimana kita berada kita mesti bersifat positif untuk semua perkara, walaupun persekitaran tu masih baru untuk kita, dan segala perkara yang kita lakukan mesti dimulakan dengan Bismillah berserta niat.
Langgan:
Catatan (Atom)