Kita Ada Tanggungjawab Untuk Berdakwah
Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip artikel yang tak seberapa ni.
Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya, walaupun kita sering kali diuji dengan pelbagai dugaan.
("Wahai org yg beriman!mintalah pertolongan utk mghadapi susah payah dlm mnyempurnakan sesuatu perintah Allah dgn sabar dan mendirikan sembahyang keran Allah itu Penolong bg org2 yang Sabar"(Al-Baqarah 1:153)
Hari ini kita diberi perluang untuk bernafas du bumi Allah ini, dengan tujuan kita mampu melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya. Dakwah itu ada pada semua manusia, walaupun kita tidak mengetahui dakwah itu dengan telus dan mendalam. Dakwah itu bukan hanya pada orang lain, malah diri sendiri juga perlu untuk menerima dakwah.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya diberi kesemptan untuk mengahadiri satu majlis ilmu iaitu Road To IPT a.k.a (ROTI). Pelbagai pendedahan di berikan, malah program ini menampilkan seorang ikon iaitu Imam Muda Fakhrul (Imam Muda Musim ke-2). Slot yang disampaikan oleh Imam Muda mengenai "DAKWAH", subhanallah indah sungguh topik yang dibincangkan. Usaha dakwah ini bukan hanya pada USTAZ, USTAZAH, TABLIGH, BUDAK SEKOLAH AGAMA, SEKOLAH PONDOK, IMAM MASJID, dan yang MEMPELAJARI AGAMA. Malah, usaha dakwah ini terletak kepada semua umat islam, kerana dakwah ini adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan kepada semua.
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (Al-Hajj 22:78)
Dakwah ini juga mampu dilakukan kepada manusia yang tidak mengambil sekolah agama atau aliran agama, kerana jika seseorang itu tahu kebaikan dan ketepikan keburukan In Shaa Allah dia juga mampu untuk berdakwah. Contohnya seorang pomen motor. Adakan pomen ini tidak boleh berdakwah?? Jawapanya pomen ini boleh berdakwah, walaupun bukan dari sekolah agama, kerana pomen ini mampu menunjukan tauladan yang baik ketika melakukan kerjanya, malah pomen ini mampu melakukan kerja dengan mengingati Allah untuk berzikir. Lihat, dakwah itu bukanya terletak pada orang yang bersekolah agama. Maka, lihatlah dan perluaskan jalan dakwah itu dengan niat kerana Allah dan bertaqwa.
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." (Al-An'aam 6:153)
Hebatnya kerja dakwah ini kerana manfaatnya juga akan diperoleh oleh kedua-dua belah pihak, kerana keuntunganya mampu menjadikan seseorang itu bersikap sabar dan menjadikan usaha dakwah itu sebagai satu jalan perniagaan untuk diri sendiri.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)
Saya dan dan sahabat-sahabat Road To IPT diberi peluang untuk merasai cara pendekatan orang awam mengenai dakwah. Herm...Pelabagai dugaan dan cabaran kami tepuh alhamdulillah berjalan lancar, walaupun sudah cuba yang terbaik.
Dakwah ini adalah satu proses yang mampu memberi kita semangat untuk mencari bekalan, kerana setiap dakwah yang dilakukan mestilah mempunyai bekalan, dalam erti kata kita juga berusaha mencari ilmu untuk mebantu orang lain. Maka, kita sebagai insan di muka bumi ini harus menereuskan fungsi dakwah kerana di luar sana masih perlu mengetahui betapa amanahnya dakwah ini kepada kita. Biarpun kita dihina, dicaci, mahupun diperli, teruskanlah jalan dakwah, kerana Allah sentiasa memberikan jalan yang baik besertakan hikmah.
Diberi kesempatan dan izin Allah untuk menerima ilmu dari Imam Muda Fakhrul. Terima Kasih
Walaupun kita minat hiburan, ikutlah hiburan dengan syariat islam.
Walaupun kita minat sukan, ikutlah sukan yang mengikut syariat islam.
Walaupun kita nak berfesyen, ikutlah fesyen yang mengikut syariat islam.
Apa pun yang kita lakukan di dunia dan di bumi Allah ini, kita mestilah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Kami ibarat sebuah keluarga.
Di kesempatan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih pada program ROAD TO IPT kerana banyak memberi manfaat.
~SALAM DAKWAH DARI SAYA~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





0 ulasan:
Catat Ulasan