JellyPages.com

Cikgu Tak Bertauliah

Sabtu, 2 Februari 2013

Dalam Sejarah

Assalamualaikum kepada pembaca...


Dengan lafaz bismillah hari ni, pada petang ini, aku nak cerita pengalaman baru aku sebagai seorang pendidik . Aku mencari pengalaman untuk memperbaiki diri supaya lebih memahami manusia lain. Ok, hari pertama aku bergelar sabagai cikgu, tapi kat sekolah agama petang je bukan pagi. 

Dapat surat untuk lapor diri jam 2.00 petang, siap punya siap, aku gerak 1.45 tengah hari, hah kau, lambat dah aku rasa, start enjin kereta aku gerak sampai ke destinasi jam 2.10 petang, aku ingat aku dah lambat, rupa-rupanya pejabat pon tak buka lagi. Huh, ok lah tu, at least tak lambat nak jumpa guru besar (Apa pun jangan contohi sifat yang tak menepati masa ni yek kawan-kawan). 

Bila dah sampai, kena cari pejabat, lama jugak aku cari, tapi tak jumpa-jumpa, hadoi mana nya pejabat dia ni, petunjuk arah pon tak ada. Last amik keputusan tanya student sekolah tu, "Assalamualaikum dik, tumpang tanya mana ye pejabat?" budak tu kata "Pejabat kat atas ni je cikgu, tak jauh sangat" ok aku kata terima kasih. Then gerak naik nak pergi pejabat, bila dah sampai rupanya tutup lagi. Ok tak pe tunggu (Allah nak ajar kita supaya sabar dalam mencari rezki ni). Bila pejabat dah buka, aku msuk jumpa kerani, lepas tu terus jumpa penyelia KAFA, bila dah jumpa, penyelia minta surat, aku bagi lah, lepas itu, dia baca nama aku, then dia kata macam nama anak aku lah... Bila surat tu aku dah serah, dia kata boleh mula mengajar, huh, berdebar dibuatnya.

Sesi ta'aruf dengan anak murid pon bermula. Kenal lah sesorang, dah selesai, aku ajar mereka tajuk adab. Nasib baik senang. time tengah mengajar memacam gelagat aku tengok anak murid aku ni, ada pulak yang kerap pergi tandas, lepas sorang. sorang lagi datang, ustazah nak pergi tandas, ok pergilah... 

Aku ajar lah bab rukun iman. then ada pulak yang tanya, "Allah sayang kami tak ustzah? aku jawab Allah sayang pada semua manusia. then, bila suruh buat keje, memain pulak mereka ni, ok tak pe, mungkin bebudak lagi. So bila dah nak balik, anak murid kata, ustazah jangan lupa hari isnin ada kelas lagi...hehe..ok tak lupa...

Kesimpulannya, dimana kita berada kita mesti bersifat positif untuk semua perkara, walaupun persekitaran tu masih baru untuk kita, dan segala perkara yang kita lakukan mesti dimulakan dengan Bismillah berserta niat.

0 ulasan: