JellyPages.com

Kini kembali

Isnin, 28 Januari 2013

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada pembaca semua...

Alhamdulillah kini aku kembali untuk mengisi ruang blog ni sebagai perkongsian bersama, lama dah tak post pape kat blog sendiri...

Perjalanan hidup ni ibarat rodakan, adakalanya kita diatas dan adakalanya juga kita dibawah, itulah yang dinamakan peredaran masa untuk melihat kita lebih dewasa dan berfikiran matang. Apa yang nak aku share adalah jalan dakwah kita pada hari ni perlu diteruskan untuk lebih mengenali siapa diri kita, kadang-kadang kita boleh bermuhasabah diri dengan adanya jalan dakwah, kerana apabila kita menyebarkan ilmu yang ada Allah sentiasa membantu dan melihat segala perbuatan kita dari situ kita dapat mengawal segala perbuatan yang boleh dikatakan lagha atau melalaikan.

Alhamdulillah, aku dilahirkan sebagai seorang islam yang mampu menilai antara kebaikan dan keburukan. Kehidupan hari ini pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh, kerana Allah sentiasa menguji hamba-Nya sama ada yang kaya atau miskin, sedangkan Rasulullah juga Allah uji dengan pelbagai cabaran.

Moga-moga medium blog ini dapat membantu aku dan rakan-rakan lain untuk berkongsi ilmu.. In Shaa Allah.....

0 ulasan: