Assalamualaikum wbt... Kepada semua pembaca especially calon SPM 2010 yang akan mengetahui keputusan SPM pada 23/03/2011 bersamaan dengan hari Rabu ni, saya ucapkan selamat maju jaya.
Herm...bila dengar je nak keluar result SPM, macam-macam kita dengar daripada semua calon yang ambil SPM. Ada yang kata tak senang tidur la (macam aku je) hehe. Ada juga yang kata takut giler wei... Tapi nak buat mcam manakan, nak tak nak kita perlu juga menempuhnya demi kejayaan diri sendiri.
Apa perasaan korang sekarang?? Gelisah tak tentu arah la tu (teke je). Insya-Allah kita doakan saje semua kejayaan calon SPM 2010 ni agar mendapat keputusan yang terbaik. Yela..kitakan dah buat sehabis baik time jawab exame dulu. So kita tawakal je. Kalau korang gementar, aku lagi la gementar. Mana tidaknya result tu yang menentukan masa hadapan kita semua.
Oleh itu kengkawan...Ayuh la kita sama-sama berdoa agar kejayaan kita ini dapat membanggakan kedua ibu bapa.. Nampaknya saya dah kehabisan idea untuk membebel kat blog saya ni. Almaklumla taku gara-gara result nak keluar ni.
Apa-apa pon GOOD LUCK la kepada semua CALON SPM 2010.
Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Selamanya.
Semoga anda semua mendapat keputusan yang MUMTAZ.
Insya-Allah... :-)
Asslaamualaikum wbt....kepada semua pembaca yang dihormati. Ha!!! Entri ni memang sesuai kot kepada semua manusia, sebabnya...Masalah yang datang ni kadang-kadang boleh kita atasi dan adakalanya kita kurang untuk mengatasi. Kat sini ana ada 4 TIPS UNTUK HADAPI MASALAH
1. Masalah Adalah Lumrah Hidup
- Tiada orang yang tiada masalah. Jika anda rasa anda tak ada masalah, mungkin itu masalah anda sebenarnya. Segala penciptaan berpunca dari masalah. Mentol lampu dicipta kerana bermasalah untuk melihat dalam gelap. Kereta dicipta kerana bermasalah nak berjalan kaki jauh-jauh. Kalau tak ada masalah mungkin sekarang kita masih hidup dalam gua, zaman paleolitik belum berakhir agaknya.
- Hati yang luas menerima masalah sebagai satu kelazatan. Hati yang kecil, masalah adalh bencana. Menganggap semua benda sebagai masalah adalah petanda hati yang bermasalah. Hati yang kuat dan bersih, memandang masalah sebagai satu tanda kebesaran tuhannya. Bila hujan, hati yang kecil bermasalah kerana kain dijemuran basah. Namun hati yang besar berasa beruntung kerana bumi mendapat bekalan air semula.
- Biasanya bila terkena masalah, kita akan bertanya "Kenapa aku???" Soalan yang sudah ada jawapan tapi tak dihiraukan "...Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." Tanyalah "Kenapa bukan aku??" Kerana aku memang layak untuk menerima ujian itu. Aku kuat, aku berdaya mendapat ujian-ujian tuhan. Jika ujiannya berat, itu bermakna aku masih du tahap rendah. Jadi, kenapa bukan aku yang menerima ujian hebat itu?? Aku ingin menjadi hamba Allah yang hebat.
- Setiap kali menghadapi masalah, adalah masa-masa Allah merindui suara rintihan kita. Berdoa, meminta dari-Nya, mengadu pada-Nya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suara hambanya untuk berdoa. Tidakkah itu amat manis sekali? Bayangkan kekasih kita merindui untuk mendengar suara kita.... ohh sungguh asyik kan. Inikan pula, Allah Yang Maha Besar yang merindui suara kita.
Assalamualaikum wbt... Bersua lagi kali ini di laman blog ana yang tak berapa nak maju sangat la. Tapi ana update la juga walaupun kadang-kadang tu tiada masa untuk mengadap PC ni, tambahan lagi jari jemari ana ni malas kot nak menaip...
Bermula Kisah antara Zulaikha dan Nabi Yusuf...
RUJUKAN
Surah Yusuf
Qasosul Al Quran Ibnu Kathir.
Qasosul Anbiya'
Semoga Ianya Menjadi Iktibar Kepada Kita Umat Manusia...Insya-Allah...
Assalamualaikum w.b.t.. Lama rasanya dah tak update blog ana ni...So ana nak bukak la sikit tajuk mengenai Sejarah Solat 5 Waktu... Ha??? Kali ni kenapa nak cerita pasal Sejarah Solat ni pulak??? Mesti ramai kata..."alah...dah tahu pon".. yang dah tahu tu Alhamdulillah...tapi kalau yang belum tahu tu...nak bagi tahu la ni... dah la tu..nak bergurau pulak kome ni Dibah...
All right...Meh sini nak habaq mai kat hang semua...Cerita ni best apa kalau hang semua dah tahu...
NABI MUHAMMAD SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindunagn ketika di hari pembalasan kelak.
Ha..Ni nak terangkan kat hang semua asal usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan...Baca yang seterusnya...
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat Pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat Pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii)Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii)Rakaat Ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredaan Allah SWT.
iv)Rakaat Keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang sempat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada kegelapan iaitu:
i) Rakaat Pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii)Rakaat Kedua: Kelam dengan air laut.
iii)Rakaat Ketiga: Kelam dengan malam.
iv)Rakaat Keempat: Kelam dengan perut Ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia oertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaart Pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii)Rakaat Kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii)Rakaat Ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiga.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat Pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya
ii)Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
iii)Rakaat Ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv)Rakaat Keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Itu sahaja yang dapat ana kongsikan kepada pembaca.
Kalau ada tersalah ayat tu ana minta maaf banyak-banyak.
Semoga semua pembaca terhibur dengan cerita ni.
Insya-Allah...
Dingin malam yang hadir semakin sunyi apabila bulan menemani diri, ada tatkalanya terasa resah gelisah untuk meneruskan perjalanan hidup. Namun dengan berbekalkan iman dan amal di dada hidup terasa kembali semula apabila segala keinginan untuk dikecapi hampir tercapai. Hidup yang datang menjelma menadatangkan 1001 erti untuk Iman menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Namun harapan hanya tinggal harapan. Iman terasa hampir berputus asa untuk menjalani kehidupan yang sempurna seperti manusia lain. Hidupnya nampak seperti gembira namun pada hakikatnya Iman menahan derita yang amat menyakiti hatinya.
Hari demi hari, Iman semakin hilang semangat untuk meneruskan kehidupan, adakalanya Iman hampir mencederakan diri sendiri. Pada suatu hari,sedang iman mengelamun jauh di bawah pohon yang rendang serta kedengaran bunyi ombak di tepi pantai, Iman di sapa oleh seorang jejaka yang begitu kacak iaitu Baihaqi. Iman tersentap dan ada rasa ketakutan, ye la mana tidaknya orang yang kita tidak kenal tiba-tiba menyapa. Baihaqi tanpa segan silu mengenalkan dirinya kepada Iman. Namun Iman hanya mampu tersenyum dan memandang sinis kepada Baihaqi. "Lama sudah kamu duduk di sini?" tanya Baihaqi kepada Iman. Pertanyaan Baihaqi tidak langsung dihiraukan oleh Iman. Iman mengangkat kaki lalu pergi dengan meninggalkan Baihaqi tanpa sebarang pengucapan.
Pada malam kemudiannya, Iman berlegar-legar di tepi pantai dengan harapan dapat bertemu Baihaqi. Namun harapan Iman tidak kesampaian. Iman berfikir mungkin esok Baihaqi akan muncul dihadapanya. Tepat pada jam 6.15 pagi Iman bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh. Selepas menunaikan solat, Iman bersiap untuk bersarapan di cafe yang berhampiran dengan biliknya. Sedang Iman menjamah sarapan pagi di cafe, tiba-tiba Baihaqi menyapa "assalamualaikum...boleh saya duduk di sini?" sambil menunjukan arah kerusi dihadapan Iman. "Waalaikumussalam...silakan,maaf ye semalam saya tidak menyahut sapaan awak" kata Iman kepada Baihaqi. "Owh ye, siapa nama saudari?" Iman terus menjawab "nama saya Nurul Iman". "Sudah lama saudari di sini?" tanya Baihaqi sambil meneguk air kopi dihadapanya. "Baru setengah jam,lama jugalah" jawab Iman.
Selepas mereka bersarapan Baihaqi mengajak Iman ke tepi pantai untuk berbual bersama. Dalam perjalanan ke tepi pantai, Baihaqi dipanggil oleh seorang budak kecil, dalam fikiran Iman itu mungkin anak Baihaqi. Baihaqi meneruskan perjalan ke tepi pantai bersama Iman, dalam perjalanan Baihaqi bertanya "kamu sudah lama bercuti di sini?", Iman menjawab "baru tiga hari saya di sini". "Owh..kiranya awak sudah lama la dari saya.."sambil tersenyum. "Awak buat apa di sini? ada kerja? atau bercuti bersama keluarga?" tanya Iman yang agak pemalu kerana soalanya terlalu banyak. Baihaqi berkata "saya ke sini atas urusan kerja untuk membuat kerja kursus saya yang dah lama tertangguh,dalam pada masa yang sama saya mengajak keluarga saya untuk datang bersama". Iman senyap sahaja kerana tidak mahu Baihaqi melayanya untuk jawab soalan-soalan yang diajukan olehnya.
Selepas lima belas minit berjalan bersama, Iman mengajak Baihaqi duduk di batu-batuan kecil untuk berbual. Iman termenung sejenak sementara Baihaqi memandang lautan yang luas dihadapannya. Baihaqi bertanya "kenapa awak termenung terlalu jauh disini?" Iman hanya mampu berkata "alangkah indahnya lautan luas yang diciptakan oleh Allah ini untuk kita nikmati keindahannya pabila hati sedang disakiti". "Apa maksud awak?"
tanya Baihaqi lagi. Namun pertanyaan Baihaqi tidak dijawab oleh Iman. Tiba-tiba budak kecil yang memanggil Baihaqi itu muncul dengan jeritan "abang...mak ajak makan tengah hari di rumah". Baihaqi berkata "baiklah". Baihaqi mengajak Iman menikmati makan tengah hari bersama keluarganya, Iman agak malu apabila ajakan Baihaqi itu diselaputi dengan sebuah senyuman yang amat manis. Iman berkata "tidak apalah awak,saya ni menyusahkan awak pula,nanti apa pula kata keluarga awak". "eh..tidak apa,keluarga saya tidak marah malah lagi suka,mungkin" balas Baihaqi.
Seminggu berlalu. kini Baihaqi perlu pulang ke kampusnye untuk meneruskan pengajianya. Sebelum pulang ke kampus Baihaqi sempat meninggalkan nombor telefonya kepada Iman. Kini Iman tidak berteman lagi kerana Baihaqi sudah pulang ke kampusnya. Hari demi hari, kerinduan Iman terhadap Baihaqi semakin kuat. Pada malamnya selepas Iman menunaikan solat isyak, Iman menerima satu mesej daripada Baihaqi "Assalamualaikum...Iman apa khabar? maafla Baihaqi lupa untuk mesej Iman,Baihaqi sekarang sibuk untuk menamatkan pengajian di kampus. Harap Iman sihat selalu,lagi satau Iman jangan selalu termenung keseorangan ye". Pesanan mesej daripada Baihaqi membuatkan Iman tersenyum keseorangan. Iman berasa amat gembira pada malam itu. Ke esokan harinya, Baihaqi menelefon Iman.
Baihaqi : Assalamualaikum...
Iman : Waalaikumusalam....
Baihaqi : Awak apa khabar? Sihat?
Iman : Alhamdulillah saya sihat... Awak?
Baihaqi : Saya sihat...Owh ye awak,saya nak jemput awak datang ke majlis konvokesyen saya pada hujung bulan ni, harap awak dapat hadir.
Iman : Insya-Allah...tahniah ye awak, sebab awak dah graduate..
Baihaqi : Terima kasih Iman..erm..ok lah Iman,nanti ada masa kita berbual panjang lagi ye. Saya ada kelas ni..
Iman : Baiklah, Bai jaga diri di sana ye...
Baihaqi : Insya-Allah...Iman juga...ok...Assalamualaikum...
Iman : Waalaikumusalam....
Selepas Iman meletekkan telefonnya, pintu bilik Iman diketuk oleh seseorang, Iman meninjau dari dalam dan melihat budak kecil yang pernah memanggil Baihaqi itu datang. Iman terus mencapai tudungnya dan terus membuka pintu. "Nah ini dari abang untuk kakak..Abang kata jaga elok-elok hadiah ni" kata budak kecil itu. Iman tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada budak kecil itu kerana budak kecil itu telah pergi. Iman membuka bungkusan hadiah yang diberikan oleh Baihaqi dengan hatinya berbisik "apalah agaknya yang Baihaqi bagi kat aku ni". Selepas Iman membuka kotak hadiah itu, Iman lihat hadiah yang diberikan itu terlalu cantik iaitu sepasang baju kurung yang sangat cantik serta bersulamkan manik. Iman ternampak sepucuk surat yang diselitkan oleh Baihaqi ditepi kotak. Iman membuka surat itu dan membaca...
"Assalamualaikum...Iman...
Maaf kan Baihaqi sebab tak bagi sendiri bungkusan hadiah ni pada Iman. Hadiah ni Baihaqi bagi untuk
Iman pakai pada majlis konvo Baihaqi nanti. Iman datang tau. Terima kasih kerana terima hadiah
Baihaqi..
Sekian Wassalam..."
Iman tersenyum sinis apabila membaca surat daripada Baihaqi. Hujung bulan sudah pun hampir, Iman tidak sabar untuk berjumpa Baihaqi di kampusnya untuk melihat Baihaqi mendapat segulung ijazah. Setibanya Iman di kampus Baihaqi, Iman terus ke dewan orang ramai untuk melihat Baihaqi. Iman hanya mampu melihat Baihaqi dari jauh, manakala Baihaqi tersenyum dari jauh apabila memandang Iman. Selesai majlis konvokesyen Baihaqi, Iman menunggu Baihaqi di sebuah taman berhampiran dengan dewan orang ramai. Sedang Iman duduk disebuah pangkin, tiba-tiba Baihaqi menyapanya "lama menuggu saya? maaf lambat sikit". " tidak apa awak kan busy hari ni, balas Iman.
Setahun sudah perkenalan Iman dan Baihaqi. Iman kini lebih bersemangat sejak hadirnya Baihaqi dalam hidupnya. Manakala Baihaqi kini sudah mempunyai kerja yang tetap. Suatu hari Baihaqi mengajak Nurul Iman keluar untuk makan bersama, dalam pada masa yang sama Baihaqi telah melamar Iman untuk dijadikan suri dihati Baihaqi. Alangkah terkejutnya Iman perkenalannya bersama Baihaqi kini menjadi realiti didalam hidupnya. Iman kini lebih ceria berbanding dengan Iman yang dahulu kerana sudah menjadi hak milik Baihaqi. Perkenalan yang bermula dengan angin sepoi-sepoi bahasa menjadi detik yang terindah dalam hidup Iman dan Baihaqi.
Sebarang penceritaan didalam kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa,sama ada yang hidup ataupun yang telah kembali. Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tiada siapa yang terlibat
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku...ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...
Untuk Kamu...