Assalamualaikum wbt... lama dah tak update blog ni. Alhamadulillah kita masih di beri kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah ini. Bersyukurlah wahai hamba Allah kerana masih diberi dua nikmat yang cukup indah iaitu NIKMAT IMAN dan NIKMAT ISLAM. Apa ada pada islam?? Adanya pada islam ialah satu keindahan yang tidak dapat diungkapkan melainkan dengan lafaz Alhamdulillah Aku Bersyukur kerana dilahirkan dalam agama-Mu ini.
ISLAM ITU SYUMUL di mata umat islam. Tetapi jika dilihat hari ini, ada segelintir umat islam yang tidak tahu akan islam walaupun hanya islam pada IC, alangkah sedihnya jika ini yang berlaku. Islam ini amat sempurna dan memberi banyak makna kehidupan jika kita mengenali islam dengan lebih dekat. Subhanallah besarnya nikmat kau kepada manusia. Kerana nikmat islam yang diberikan oleh Allah inilah kita terus mengenali alam semulajadi ini.
ISLAM RISALAH MANUSIA SEUTUHNYA
Islam adalah risalah manusia seutuhnya, iaitu dipandang dari sudut manusia itu keseluruhannya. Ia bukanlah risalah bagi akal tanpa ruh, bukan bagi rohani tanpa jasmani, bukan bagi fikiran tanpa perasaan, dan bukan sebaliknya. Ia adalah risalah insan seutuhnya iaitu ruhnya, akalnya, jasmaninya, hal nuraninya,kemahuannya dan perasaannya.
Sesungguhnya Islam tidak membahagi manusia kepada dua bahagian sebagaimana yang dilakukan oleh agama-agama lain. Pertama bahagian rohani yang dikendalikan oleh agama dan diarahkannya ke tempat ibadat.Bahagian ini menjadi hak istemewa golongan agama dan tempat permainan bagi para paderi dan pendeta bagi mengarahkan manusia dan celah-celahnya. Manakala bahagian kedua terdiri daripada benda, yang tidak ada kekuasaan bagi agama dan golongan agama ke atasnya, malah tidak ada lapangan bagi Allah s.w.t. padanya.Bahagian ini menjadi lapangan bagi kehidupan, dunia, politik, masyarakat dan negara. Dan inilah bahagian yang terbesar dan kehidupan manusia.
Tetapi, apakah keadaan ini sesuai dengan fitrah dan tabiat manusia mengikut yang diciptakan Allah?Tidak. sekali-kali tidak! Manusia sebagaimana yang diciptakan oleh Allah s.w.t tidak terbahagi dan tidak dapat dipisah-pisahkan. Ia adalah manusia seutuhnya. Suatu keseluruhan yang padu dalam bentuk keperibadian yang satu.Tidak dapat dipisah-pisahkan di antara ruh dan benda, di antara benda dan ruh. di antara akal dengan perasaan dan di antara perasaan dengan akal. Ia adalah kesatuan yang padu, yang tidak dapat dibahagi-bahagi di antara jasmani, rohani, akal fikiran dan hati nurani. Dan itu, tujuannya mestilah satu. Arahnya satu dan jalannya satu. Inilah yang dilakukan oleh Islam, iaitu menjadikan tujuannya Allah dan arahnya Akhirat
Dengan ini manusia tidak berpecah kepada dua arah yang berlainan atau dua kekuasaan yang bertentangan. Yang satu ketimur dan yang satu lagi ke barat. Bagaikan seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa Tuan, tiap-tiap orang memberi perintah yang bertentangan dengan perintah yang lainnya, maka hamba itum enjadi binggung, fikirannya simpang siur, hatinya berantakan, sebagaimana digambarkan oleh Allah di dalamAl-Quran :-
“Allah membuat perumpamaan seorang lelaki (hamba yang dimiliki oleh beberapa orang yang bersyarikat/berkongsi yang dalam keadaan berselisih dan seorang hamba yang menjadi milik penuh dan seorang lelaki (saja,). Adakah kedua hamba itusama halnya.” (surah Az-Zumar: 29)
KESYUMULAN AJARAN-AJARAN ISLAM.
Islam adalah risalah manusia seutuhnya di dalam setiap peringkat hidupnya, dan risalah hidup dalam setiap aspek dan lapangannya. Maka tidaklah hairan apabila kita mendapati ajaran-ajaran Islam itu seluruhnya memiliki ciri-ciri kesyumulan yang merangkumi setiap persoalan hidup dan insan. Kita dapati keesejagatan itu nyata dan jelas pada ‘aqidah dan tasawwur, pada ibadah dan taqarrub, pada akhlak dan fadhail, dan pada undang undang dan peraturan.
Semoga Kita Mensyukuri Nikmat Islam Ini..Insya-Allah...
Sekian..Wallah hu'alam....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan