"Baju dia jenama Adidas. Baju aku jenama Milo saja."
"Dia ada motor. Senang pecut ke kelas apabila terlambat. Aku pula terpaksa jalan kaki awal-awal pagi."
"Wah, dia pakai pencuci muka Gamat Healin! Mahal tu. Aku pakai safi je."
"Cantiknya jam tangan dia. Aku tak pernah ada jam tangan secanggih tu."
Anda suka membanding-bandingkan apa yang anda ada dengan orang lain? Jika ya, berhentilah! Ia hanya melelahkan jiwamu.
Berkasut, Berselipar dan Berkaki Ayam
Dalam urusan dunia, jika kita berkasut, pandanglah orang yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah orang yang berkaki ayam. Ia akan menjadikan kita sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki. Jika diberi harta yang lebih, kita rajin memberi. Jika diuji dengan kesempitan, kita tidak suka meminta-minta. Begitulah lazatnya jiwa yang qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada.
Sementara dalam urusan akhirat pula, sentiasalah memandang kepada golongan ulama. Biarlah kita tidak mengenal puas berusaha untuk meningkatkan diri agar menjadi lebih baik. Begitu juga dalam perihal menuntut ilmu. Jika kita berkaki ayam, pandanglah orang yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah orang yang berkasut. Menuntut ilmu tidak harus berhenti selagi jasad belum ditelan bumi. urusan akhirat dan ilmu, semakin diteguk,semakin lazat di jiwa.
Menyingkap Hikmah
Orang yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada sentiasa resah memikirkan nasib diri. Kesannya, mereka merintih dan menyesali, membanding sehingga akhirnya merendah diri, bahkan sehingga hilang keyakinan dan mungkin menjadi pendengki. Orang yang qanaah pula biasanya dianugerahi sifat "arif" iaitu dapat memandang apa yang tersirat disebalik sesuatu kejadian, keadaan atau masalah. Mengetahui hikmah bererti mengenali kebijaksaan Tuhan. Apabila hubungan dengan Allah bertambah kukuh, semakin lazatlah jiwanya.
Ibarat Penggembala Melindungi Gembalaannya
Jika penggembala berhati-hati melindungi gembalaannya daripada marabahaya, Allah s.w.t jauh lebih hebat melindungi hamba-Nya yang qanaah daripada pesona dunia, Lalu, orang itu berhias zuhud. Dalam sebuah riwayat disebutkan munajat Nabi Musa a.s yang menyebut firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku melindungi wali-wali-Ku daripada kenikmatan dunia dan kesenangannya, sebagaimana penggembala yang menyayangi dan melindungi untanya dari tempat gembalaan yang membahayakannya.
"Sesungguhnya aku melindungi wali-wali-Ku daripada kenikmatan dunia dan kesenangannya, sebagaimana penggembala yang menyayangi dan melindungi untanya dari tempat gembalaan yang membahayakannya.
"Sesungguhnya Aku akan menjauhkan mereka daripada kesenangan dunia dan gemerlapannya, sebagaimana juga penggembala yang menyayangi untanya dan menjauhkan dari tempat yang boleh membuatnya lalai.
"Dan tidaklah hal itu kerana kelalaian mereka terhadap-Ku melainkan supaya mereka menyempurnakan bahagian mereka daripada kemuliaan-Ku dengan sempurna, sehingga dunia tidak melalaikan mereka dan hawa nafsu tidak memadamkan semangat ibadah mereka." (Riwayat Ahmad)

Pujilah Dia
Memiliki jiwa yang qanaah memerlukan mujahadah, proses menekuni dan meneliti segala dialog hati. Pujilah Allah atas setiap apa yang sudi diberikan biarpun hati terasa berat. Puji-pujian ini akan meleburkan rasa ego dan sombong.
Memuji Allah juga menyedarkan kita bahawa semua adalah milik-Nya termasuklah diri kita. Kita perlu sedar, kita cuma hamba. Jiwa yang sentiasa memuji-Nya tidak akan menderita keluh-kesah bahkan menjadi tenang. Jiwa sebegini sentiasa bertenaga untuk bekerja secara optimum dan dapat mengerahkan kudrat untuk mencapai prestasi kerja terhebat.
Allah berfirman yang bermaksud : "Segala puji bagi Allah yang memelihara apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.: (Surah Saba'34:1)

Wahai Jiwa Yang Tenang
Moga-moga kelazatan dan kerehatan memiliki jiwa yang qanaah itu akan menyumbang kepada jiwa yang tenang. Jiwa yang tenang akan diseru mulia oleh Khalik saat kita bertemu dengan-Nya. Mafhum firman Allah yang bermaksud : "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang bahagia dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Surah al-Fajr 29: 27-30)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan