JellyPages.com

Semoga Perjalanan Untuk Keluar Dari Bumi Mesir Selamat dan di Lindungi oleh Allah SWT

Jumaat, 4 Februari 2011




Semoga Allah meringankan segala perjalanan abang ku. Kami sekeluarga berharap alang pulang dengan gembira dan selamat. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan alang. Sangat membimbangkan situasi di Mesir apabila aku sekeluarga mendengar berita daripa media massa dan berita. Dua tiga hari selepas rusuhan berlaku kami cuba untuk telefon tapi segala line telefon disana tidak dapat digunakan,namun apa kan daya hanya doa yang selalu mengiringi perjalanan alang.

Beberapa hari kemudian baru boleh menghubungi. alangkah gembiranya mak dengar suara kau lang. Mak risau kan kau serta kami sekeluarga juga risau kan kau. Jiran-jiran pun ada juga bertanya pasal kau kat mak. terimah kasih la aku ucapkan kepada mereka yang merisaukan abang aku ni dan seluruh rakyat Malaysia . Lang kau tahu tak bila mak dengar berita yang kau nak balik dengan bantuan kerajaan mak gembira dah rasa syukur. Pak teh pon ada gak call tanya pasal kau. ramai lagi lah yang risaukan kau...

Aku harap kau pulang ke Malaysia dengan selamat..Kami disini semua rindu kan kau wei..
ada gak teman untuk aku bertengkar nanti..ye la bertelagah pendapat dengan kau pun dah macam nak gaduh...

0 ulasan: