Setiap insan berhak menerima segala kekurangan manusia yang lain kerana jika dinilai dengan kekurangan diri sendiri mungkin kita dapat mengenali diri sendiri dengan lebih akrab sebelum insan yang lebih istimewa mengenali kita. Selain itu, hendaklah kita bersahabat dengan iman dan jiwa kita sebelum kita bersahabat dengan orang lain. Hari demi hari,masa kian berlalu. Tertanya-tanya adakah diri ini semakin jauh. Termenung sejenak melihat awan yang berputar mengikut putaran bumi, adakah diriku ini melakukan kesalahan yang besar? adakah diriku ini tidak terbaik? adakah diri ini telalu hipokrit? adakah diri ini selalu menyinggung perasaan manusia lain. Segala persoalan ini bermain di minda fikiran manusia seperti aku.
Apa yang hanya mampu diperkatakan adalah kesabaran yang kini mengajar erti kehidupan. Mungkin bagi diriku sudah serik untuk mencuba. Biarlah ianya menjadi satu nostalgia yang akan terus tersimpan. Sifat manusia tidak sama untuk kita nilaikan dengan hati insan yang lain. Ada masa kita perlu berundur untuk tidak menjadikan sesuatu itu dengan lebih merumitkan. Jika perjalanan seseorang itu dilalui dengan hati yang senang dan gembira,mungkin suatu hari nanti kegembiraan itu akan bertukar. Andainya masih ada ruang akan ku cuba yang terbaik untuk menghargai. Berfikiran jauh mengakibatkan rasa tidak senang hati dan ada saatnya tersimpang terlalu jauh sehingga mengakibatkan kekecewaan yang amat dalam.
Di bumi ini kita hanya mampu merancang dan berusaha serta yang menentukannya ialah Allah kerana dia lebih memahami jati manusia itu. Mungkin ujian yang diberikan kepada kita terlalu berat,akan tetapi segala ujian yang diberikannya mungkin ada hikmah yang lebih baik untuk umatnya. Ya Allah seandainya diri ini dimiliki oleh insan yang bergelar manusia kau tetapkanlah imannya untukMu serta kau pertanggungjawabkanlah dirinya kepada keluarganya. HambaMu ini letih dan hanya mampu menghambakan diri kepadaMu ya Allah. Perjalanan hidup hambaMu ini mungkin terlalu panjang dan penentu masa depan adalah bekalan kejayaan hambaMu ini untuk dibawa ke akhir hayat.
Mudah-mudahan perjalanan hidupku kau permudahkanlah Ya Allah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan