JellyPages.com

Hang Out With My Brother

Isnin, 7 Februari 2011

Baru-baru ni saya berkesempatan mengikuti abang saya ke Putra Jaya, kami kesana pada mulanya untuk menghantar kakak dan abang ipar untuk hadiri kursus HPA. Dalam pada masa yang sama angah mengajak saya untuk berjalan-jalan di Putra Jaya. Tidak lupa juga sahabat karib angah iaitu NIKON. Sambil menikmati pemandangan di sekitar Putra Jaya, saya mencari caption yang terbaik untuk di jadikan bahan photography yang sempurna. Saya tidaklah sehebat angah untuk capture gambar yang cantik..Hanya ini saja yang saya mampu snap..

NIKON


 Ranting Mati

 Putra Jaya

 Pejabat Di Putra Jaya

 Kubah Masjid Putra Jaya

 Pandangan Dari Atas

 Kabus Di Waktu Pagi

 Bangunan Pencakar Langit

 Ekspo HPA

 Tasik Buatan Manusia

 Masjid Putra Jaya

Bangunan apa aku tak tahu namanya..hehe


Terima Kasih banyak-banyak kepada abang saya angah yang telah banyak menunjuk ajar untuk snap picture dengan menggunakan DSLR beliau..



















 

SEMAKIN JAUH.....

Jumaat, 4 Februari 2011


Adakah ini dinamakan kerinduan. Mungkin juga. Siapalah saya sebagai manusia yang mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Adakalanya perkara yang kita inginkan tidak semudah untuk kita capai. Kerana ini kehidupan perlu diteruskan dengan lebih tekad dan yakin. Di bumi Allah ini penuh dengan pelbagai cabaran,adakalanya cabaran yang kita tempuh mendatangkan lebih keyakinan pada diri sendir. Namun apabila seseorang itu alpa dengan kehidupan di dunia maka segala matlamat akan menjadi tidak menentu. Kadang-kadang kita terlalu gembira dengan apa yang kita miliki seperti sahabat, kawan dan teman. Walhal ini juga menyebabkan manusia yang kerdil dan hina seperti saya ini tidak akan merasakan kegembiraan yang berterusan di samping orang tersayang serta sahabat. Insan seperti saya sering melakukan kesilapan, adakalanya fikiran seseorang itu akan terbang jauh sehingga menistiskan air mata,tapi apalah daya segalanya ditentukan oleh yang maha esa. Betul kata pepatah arab perkenalan yang pertama menjadi satu titik permulaan untuk melangkah terus ke gerbang ukhawwahtul hasanah.


Setiap insan berhak menerima segala kekurangan manusia yang lain kerana jika dinilai dengan kekurangan diri sendiri mungkin kita dapat mengenali diri sendiri dengan lebih akrab sebelum insan yang lebih istimewa mengenali kita. Selain itu, hendaklah kita bersahabat dengan iman dan jiwa kita sebelum kita bersahabat dengan orang lain. Hari demi hari,masa kian berlalu. Tertanya-tanya adakah diri ini semakin jauh. Termenung sejenak melihat awan yang berputar mengikut putaran bumi, adakah diriku ini melakukan kesalahan yang besar? adakah diriku ini tidak terbaik? adakah diri ini telalu hipokrit? adakah diri ini selalu menyinggung perasaan manusia lain. Segala persoalan ini bermain di minda fikiran manusia seperti aku.


Apa yang hanya mampu diperkatakan adalah kesabaran yang kini mengajar erti kehidupan. Mungkin bagi diriku sudah serik untuk mencuba. Biarlah ianya menjadi satu nostalgia yang akan terus tersimpan. Sifat manusia tidak sama untuk kita nilaikan dengan hati insan yang lain. Ada masa kita perlu berundur untuk tidak menjadikan sesuatu itu dengan lebih merumitkan. Jika perjalanan seseorang itu dilalui dengan hati yang senang dan gembira,mungkin suatu hari nanti kegembiraan itu akan bertukar. Andainya masih ada ruang akan ku cuba yang terbaik untuk menghargai. Berfikiran jauh mengakibatkan rasa tidak senang hati dan ada saatnya tersimpang terlalu jauh sehingga mengakibatkan kekecewaan yang amat dalam.


Di bumi ini kita hanya mampu merancang dan berusaha serta yang menentukannya ialah Allah kerana dia lebih memahami jati manusia itu. Mungkin ujian yang diberikan kepada kita terlalu berat,akan tetapi segala ujian yang diberikannya mungkin ada hikmah yang lebih baik untuk umatnya. Ya Allah seandainya diri ini dimiliki oleh insan yang bergelar manusia kau tetapkanlah imannya untukMu serta kau pertanggungjawabkanlah dirinya kepada keluarganya. HambaMu ini letih dan hanya mampu menghambakan diri kepadaMu ya Allah. Perjalanan hidup hambaMu ini mungkin terlalu panjang dan penentu masa depan adalah bekalan kejayaan hambaMu ini untuk dibawa ke akhir hayat.


Mudah-mudahan perjalanan hidupku kau permudahkanlah Ya Allah...

Semoga Perjalanan Untuk Keluar Dari Bumi Mesir Selamat dan di Lindungi oleh Allah SWT






Semoga Allah meringankan segala perjalanan abang ku. Kami sekeluarga berharap alang pulang dengan gembira dan selamat. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan alang. Sangat membimbangkan situasi di Mesir apabila aku sekeluarga mendengar berita daripa media massa dan berita. Dua tiga hari selepas rusuhan berlaku kami cuba untuk telefon tapi segala line telefon disana tidak dapat digunakan,namun apa kan daya hanya doa yang selalu mengiringi perjalanan alang.

Beberapa hari kemudian baru boleh menghubungi. alangkah gembiranya mak dengar suara kau lang. Mak risau kan kau serta kami sekeluarga juga risau kan kau. Jiran-jiran pun ada juga bertanya pasal kau kat mak. terimah kasih la aku ucapkan kepada mereka yang merisaukan abang aku ni dan seluruh rakyat Malaysia . Lang kau tahu tak bila mak dengar berita yang kau nak balik dengan bantuan kerajaan mak gembira dah rasa syukur. Pak teh pon ada gak call tanya pasal kau. ramai lagi lah yang risaukan kau...

Aku harap kau pulang ke Malaysia dengan selamat..Kami disini semua rindu kan kau wei..
ada gak teman untuk aku bertengkar nanti..ye la bertelagah pendapat dengan kau pun dah macam nak gaduh...

SELAMATKAN BUMI MESIR



Mesir kini bergolak dengan isu yang membuatkan penduduk di sana tidak berpuas hati mengenai Presiden iaitu Husni Mubarak yang enggan meletak jawatan sebagai Presiden. Lebih tiga dekad beliau memerintah mesir, sehingga menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati. Hari demi hari berita di bumi Mesir masih tidak berhenti.

Berikut adalah akhbar yang keluar mengenai bumi mesir...

Metro 2 Februari 2011

Pemberontakan rakyat Mesir

Israel hantar senjata untuk Hosni

Penunjuk perasaan

Perkembangan krisis Mesir