Bismillahhirrahmanirrahim....
Ya Allah jika dia milikku kau tetapkanlah hatinya kepada-Mu. Awak sebelum mencintai manusia tolonglah mencintai Allah SWT, kerana Allah punyai segalanya. Awak sebelum awak jatuh cinta kepada saya, awak jatuh cintalah kepada Allah kerana saya tidak layak menerima cinta manusia melainkan cinta Allah yang hakiki.
Alhamdulillah.. Saya bersyukur kerana saya tidak tahu awak siapa malah tidak tahu asal usul.. Jika awak ingin perbaiki hubungan dengan saya, saya nasihatkan awak lupakan sahaja niat itu, walhal perbaiki hubungan awak dengan Allah itu lebih baik dan lebih mententeramkan jiwa. Awak perbaikilah hubungan dengan Allah SWT dahulu. Jika layak lagi awak lupakan cinta manusia yang bukan muhrim.
Cinta Allah itu pasti ianya tidak akan sama sekali luput walaupun saat sakaratul maut mencabut nyawa. Ingat!!!! awak jangan sesekali menangis kerana saya, kerana tangisan itu tidak bermakna di mata Allah, malah jika awak ingin menangis atau bersedih berikanlah segalanya kepada Allah, kerana Allah lebih menerima daripada manusia.
Awak jika terdetik hati dan perasaan untuk memandang antara satu sama lain, maka jauhkanlah pandangan awak dengan mendongakkan pandangan ke langit Allah, kerana pandangan manusia kepada Allah sambil melihat ciptaanya adalah lebih mulia dan menenangkan hati. Ya Allah...berikanlah ketetapan hati kepada beliau supaya lebih mengingati-Mu dan bertasbih kepada-Mu. Awak jika awak berdoa untuk kita saling sayang menyayangi, saya harap lupakan saya untuk berdoa sedemikian, malah awak berdoalah semoga kasih sayang Allah dengan hambanya mudah untuk terus kita mengingatinya....
Ingat!!!!
Tiada kasih sayang manusia yang dapat ditandingi melainkan kasih sayang Allah SWT yang hakiki...
Tiada yang hak untuk memiliki cinta manusia melainkan cinta teragung daripa Allah SWT...
Allah segalanya...Cinta dan perasaan saya hanya kepada Allah SWT...
Tiada cinta dihati ini melainkan Allah...
Semoga pemilik cintaku sentiasa disisi Allah dan terus mengingati Allah SWT...
Bukan ‘cinta sampai syurga’ tapi ‘kawan sampai syurga’ juga
Semua orang ada teman. Semua orang juga boleh menjadi teman. Namun, bolehkah kita menjadi seorang teman yang baik? Seorang teman yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.
Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, “Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.
Sahabat bertanya lagi, “Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”
Tanpa mereka mungkin sukar bagi kita dalam kehidupan ini. Teman kita yang akan membantu apabila dalam kesulitan dan kesusahan. Teman kita yang menjadi pendorong kepada kita dalam perjuangan. Teman inilah yang berkongsi suka duka bersama-sama dengan kita. Dan kawanlah yang membentuk diri kita.
Berbalik daripada hadith tadi, cuba kita tanya diri kita. Siapakah sahabat kita sekarang?
Mungkin kita ramai kawan di luar sana. Di universiti, di kampung, di Facebook, di mana-mana sahaja. Tapi, dalam seramai kawan kita itu, berapa ramaikan yang benar-benar merupakan sahabat kita yang sejati?
Teman sejati bukanlah mereka yang sentiasa berada di samping kita. Tetapi teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita untuk melakukan amal kebajikan.
Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati.
Betapa Allah Taala memuliakan sebuah persahabatan sehingga menjadi suatu yang diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada.
Syaratnya, persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman dan taqwa. Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa.
Cubalah kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah Ta’ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini?
Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?
Bukan Sukar Untuk Mencari Seribu Sahabat, Namun Bukan Senang Untuk Mencari Sahabat Sejati.
namn : “pernahkah teman mengingatkan kita supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??
Ya Allah kau tabahkan hati hamba-Mu ini...
Dalam tenang mencari cahaya-Mu...
Masih adakah sinar untuk hamba-Mu yang kerdil dan hina ini beribadah kepada-Mu ya Allah...
Sungguh besar dugaan di dunia ini..Namun apa yang perlu dibekalkan adalah ketabahan yang diiringi ketaqwaan dan keimanan. Subhanallah.... Besar sungguh nikmat-Mu untuk hamba-Mu ini... Dalam mencari cahaya yang bersaksikan keindahan alam semulajadi hamba-Mu ini akan terus berjalan mencari ibadah hanya kepada-Mu... Adakalanya dalam hidup ini perlu ditempuh dengan pelbagai ragam manusia. Apa yang penting adalah keazaman hidup yang menuju ke jalan Allah...
Aku amat mencintai-Mu..Sejak awal aku dilahirkan sehingga aku masih bernafas... Aku ingin bersama-Mu sebagai manusia yang mulia, namun diriku ini hina di mata-Mu.. Apakan daya aku hanya manusia yang tidak pernah lekang dek dosa...Subhanallah...besarnya nikmat-Mu terhadap hamba-Mu...
Ya Allah cintaku hanya pada-Mu...
Kasih dan sayangku hanya pada-Mu...
Hidup dan matiku hanya dijalan-Mu...
Dalam tenang mencari cahaya-Mu...
Masih adakah sinar untuk hamba-Mu yang kerdil dan hina ini beribadah kepada-Mu ya Allah...
Sungguh besar dugaan di dunia ini..Namun apa yang perlu dibekalkan adalah ketabahan yang diiringi ketaqwaan dan keimanan. Subhanallah.... Besar sungguh nikmat-Mu untuk hamba-Mu ini... Dalam mencari cahaya yang bersaksikan keindahan alam semulajadi hamba-Mu ini akan terus berjalan mencari ibadah hanya kepada-Mu... Adakalanya dalam hidup ini perlu ditempuh dengan pelbagai ragam manusia. Apa yang penting adalah keazaman hidup yang menuju ke jalan Allah...
Aku amat mencintai-Mu..Sejak awal aku dilahirkan sehingga aku masih bernafas... Aku ingin bersama-Mu sebagai manusia yang mulia, namun diriku ini hina di mata-Mu.. Apakan daya aku hanya manusia yang tidak pernah lekang dek dosa...Subhanallah...besarnya nikmat-Mu terhadap hamba-Mu...
Ya Allah cintaku hanya pada-Mu...
Kasih dan sayangku hanya pada-Mu...
Hidup dan matiku hanya dijalan-Mu...
Langgan:
Catatan (Atom)